Respawn Entertainment hari ini mengumumkan yang acara masa terhad iaitu “The Old Ways” yang memfokuskan kepada watak Bloodhound akan bermula pada 7 April sehingga 21 April 2020.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi video kisah silam untuk Bloodhound.

Berikut adalah antara aktiviti yang akan tiba pada acara tersebut;

  • Mod Duos akan disertakan secara tetap, selain itu pemain juag akan bermain di anatara Kings Canyon dan World’s Edge.
  • Mod Town Takeover – Bloodhound’s Trials – pemain akan bertempur dengan prowlers untuk mendapatkan pelbagai ganjaran, pemain juga akan bersaing dengan pemain lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut.
  • Event Prize Track baharu juga disertakan yang akan menyertakan pelbagai barangan untuk diperoleh oleh pemain.
  • Kostum khas untuk acara ini juga boleh dibeli secara terus melalui kedai di dalam permainan.

Apex Legends sudah dikeluarkan secara percuma untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini