Informasi Permainan Video Terkini
Steam Menganjurkan Jualan Promosi Permainan Xbox Games Studios Sehingga 7 April
PC

Steam Menganjurkan Jualan Promosi Permainan Xbox Games Studios Sehingga 7 April

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Xbox Games Studio merupakan studio penerbitan di bawah Microsoft, mereka kebiasaannya mengeluarkan permainan secara eksklusif untuk platform Microsoft iaitu Xbox One dan PC.

Minggu ini, mereka menanjurkan jualan promosi di Steam di mana beberapa permainan pengeluaran mereka ditawarkan dengan lebih murah sehingga 7 April 2020. Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • Halo: The Master Chief Collection – RM52
  • Age of Empires: Definitive Edition – RM39
  • Age of Empires II: Definitive Edition – RM70.20
  • Hellblade: Senua’s Sacrifice – RM19.04
  • Wasteland 2: Director’s Cut – RM20.40
  • Ori and the Blind Forest – RM9.51
  • State of Decay: Franchise Edition – RM76.70

Untuk pelbagai lagi permainan yang ditawarkan, anda boleh layari laman rasmi untuk jualan promosi ini yang kami sertakan di bawah.

Steam: Jualan Promosi Xbox Games Studio


TIPS & ULASAN