Skip to main content

Selain daripada permainan The Last Of Us Part II, permainan realiti-maya Marvel’s Iron Man VR juga diumumkan tertunda sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menurut PlayStation, penundaan tersebut adalah disebabkan wabak koronavirus (Covid-19) yang mana bukan sahaja memberi kesan terhadap pembangunan permainan tersebut, malah logistik dan pemasaran permainan tersebut turut terjejas.

Semestinya ini adalah perkara yang agak mengecewakan memandangkan permainan tersebut sebelum ini juga telah diumumkan tertunda dari Februari ke Mei. Akan tetapi keselamatan pembangun juga perlu diambil berat atas sebab wabak yang sedang tular ini.

Buat masa ini, kedua-dua permainan tersebut tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply