The Last of Us Part II, permainan konsol terbaru keluaran Naughty Dog sepatutnya dilancarkan pada 29 Mei kelak, tetapi nampaknya permainan tersebut akan ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

Melalui sebuah ciapan di Twitter, akaun rasmi Naughty Dog telah mengatakan bahawa The Last of Us Part II terpaksa ditunda kerana wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia.

Menurut Naughty Dog, mereka sudahpun berada di tahap dimana mereka hanya perlu memperbaiki kerentanan-kerentanan permainan, tetapi oleh kerana wabak COVID-19 ini, isu logistik menyebabkan mereka tidak boleh menyiapkan permainan tersebut pada tahap dimana ia boleh dilancarkan tanpa masalah.

Buat masa ini, tiada tarikh baru yang diberikan mengenai pelancaran permainan tersebut, tetapi mereka berharap bahawa wabak ini tidak berterusan terlalu lama dan mereka boleh melancarkannya secepat mungkin.

Sohor Kini