Beberapa tahun lepas, Nihon Falcom mengumumkan permainan The Legend Of Heroes; Trails Of Cold Steel IV buat pasaran Jepun yang mana ianya merupakan bahagian akhirnya untuk siri tersebut.

Terkini, Nihon Falcom akhirnya mengumumkan versi global secara rasmi yang mana ianya akan dilancarkan pada sekitar suku keempat tahun ini di konsol PlayStation 4. Manakala versi Switch dan PC sekitar tahun hadapan melalui Steam.

Seperti yang kami laporkan, permainan ini merupakan sekuel terus daripada The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III yang baru sahaja dilancarkan di PC dan tahun lepas di PlayStation 4.

Bersempena dengna pengumuman ini, Nihon Falcom juga umum yang mana mereka akan melancarkan edisi terhad khas buat versi PlayStation 4 dan Switch yang mana ianya menyertakan pelbagai barangan khas seperti poster, bekas besi, muzik latar dan sebagainya.

Bagi anda yang mengikuti siri ini dan ingin mengetahui kesudahan pengembaraan seterusnya buat kelas VII, pastikan anda mula menabung untuk mendapatkan permainan ini kelak.

Sohor Kini