Activision hari ini mengumumkan yang mereka mempunyai polisi tegas terhadap penipu di dalam permainan Call of Duty: Warzone dan sejak pelancaran pada 10 Mac lepas, mereka telah mengharamkan secara terus 50 ribu akaun yang menipu.

Dengan 30 juta pemain dilaporkan telah bermain permainan pertempuran royale ini, 50 ribu adalah satu jumlah yang kecil tetapi ini akan memastikan permainan ini terus adil untuk semua pemain. Selain itu, mereka juga berkongsi beberapa perkara yang akan dilakukan untuk terus membendung masalah ini;

  • Pasukan Activision akan menyiasat dan mencari penipu secara menerus selama 24/7.
  • Pasukan tersebut akan menilai kesemua keadaan yang berpotensi adalah satu penipuan ataupun menggunakan hacks seperti aimbots, wallhacks dan sebagainya.
  • Mereka juga sedang membangunkan cara yang mudah untuk pemain melaporkan sebarang potensi penipuan.
  • Setiap laporan yang diterima di dalam permainan akan dinilai.
  • Selepas nilaian berakhir mereka akan mengharamkan akaun bersalah secepat mungkin.

Masalah penipuan sudah semestinya satu masalah yang akan terus berlaku walaupun untuk permainan-permainan yang lama dikeluarkan seperti PUBG, namun sekurang-kurangnya pemain tahu yang Activision mengambil masalah ini secara serius.

Call of Duty: Warzone adalah pertempuran royale percuma yang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini