Jika setiap hari permainan gacha baharu diumumkan tidak sah untuk industri permainan video mudah alih. Hari ini, Disney dan Kabam mengumumkan permainan baharu iaitu Disney’s Mirrowverse. Ia adalah permainan aksi RPG di mana pemain dapat mengumpul pelbagai watak Disney dan Pixar.

Kami boleh katakan ia adalah di dalam keluarga yang sama dengan permainan Disney’s Sorcerer Arena yang kami baru sahaja keluarkan pandang pertama – Pandang Pertama Disney Sorcerer’s Arena – Permainan Mudah Alih Disney & Pixar

Cuma di dalam permainan ini, pertempuran adalah secara masa nyata, watak akan menyerang secara automatik, pemain boleh mengawal kuasa yang digunakan. Buat masa ini mereka tidak mengeluarkan sebarang video acah, tetapi beberapa Youtuber sudah berpeluang untuk mencuba versi awal permainan tersebut. Video kami sertakan di bawah.

Jika anda memiliki peranti Android, APK sudah dikeluarkan tetapi kerana ia bukan melalui cara yang rasmi kami sangat tidak galakkan. Permainan ini akan memasuki peringkat percubaan bermula di Filipina, pemain di negara lain, anda boleh mendaftar minat melalui laman rasmi mereka.

Disney’s Mirrorverse akan dikeluarkan untuk iOS dan Android, ia akan diterbitkan oleh Netmarble.

Sohor Kini