Semestinya dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang berlangsung sehingga 14 April ini pasti akan membuat kita sendiri agak bosan di rumah dengan banyak masa lapang.

Menariknya, tepat pada masa ini juga adalah merupakan musim bunga di kebanyakan negara dan bersempena dengan itu, PlayStation hari ini mengumumkan promosi jualan khas di PlayStation Store yang menyertakan pelbagai tawaran permainan menarik.

Menurut kenyataan di blog rasmi PlayStation, promosi ini akan berlangsung hari ini sehingga 28 April 2020 ini dan pada 15 April 2020 ini mereka akan mengemaskini senarai permainan yang ditawarkan.

Bagi anda yang berminat, berikut adalah beberapa permainan yang ditawarkan:

  • God Of War Digital Deluxe – RM129.00 RM64.50
  • Grand Theft Auto V Premium Online Edition – RM146.00 RM73.00
  • Call Of Duty: Modern Warfare – Battle Pass Edition – RM331.00 RM264.80
  • Resident Evil 2 – RM176.00 RM88.00
  • Gran Turismo Sport – RM79.00 RM35.55
  • Mortal Kombat 11 – RM254.00 RM127.00
  • Assassin’s Creed Odyssey – RM233.00 RM116.50
  • Borderlands 3 Deluxe Edition – RM338.00 RM169.00
  • Star Wars Jedi: Fallen Order Deluxe Edition – RM317.00 RM190.20
  • Red Dead Redemption 2: Special Edition – RM338.00 RM152.10
  • Tekken 7 – Rematch Edition – RM285.00 RM85.50
  • Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 – RM169.00 RM50.70
  • One Night Stand – RM21.00 RM14.70
  • The Coma: Recut – RM68.00 RM20.40
  • Heavy Rain – RM67.00 RM20.10
  • Ratchet & Clank – RM74.00 RM22.20
  • Far Cry 5 Digital Deluxe Edition – RM250.00 RM125.00

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan beberapa permainan yang tersenarai di atas, anda boleh ke pautan di bawah untuk melihat kesemua senarai penuh jualan permainan.

Layari PSN Store: Promosi Jualan Musim Bunga

Sohor Kini