Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Pertempuran Sakura Wars Diperlihatkan Melalui Video Acah Baharu

Bentuk Pertempuran Sakura Wars Diperlihatkan Melalui Video Acah Baharu

Diterbitkan pada Apr 1, 2020 oleh .

Bulan lepas, kami berkongsi satu video acah yang memperlihatkan watak-watak yang anda boleh mengurat di dalam permainan Sakura Wars yang bakal tiba tidak lama lagi dan kini, SEGA berkongsi satu lagi video acah yang memfokuskan bentuk pertempuran.

Melalui video acah di atas, SEGA memperlihatkan beberapa watak mecha yang pemain boleh gunakan di samping bentuk pertempuran 3 lawan 3 melalui pertandingan Combat Revue World Games. Melaluinya, pemain juga boleh memilih watak-watak lain untuk menyertai pasukan pemain. Pemain juga perlu menumpaskan musuh dengan bentuk markah sebanyak 3 pusingan.

Selain itu, SEGA juga berkongsi informasi lanjut berkenaan versi fizikal permainan tersebut yang mana edisi pelancarannya akan menyertakan set pelekat, kulit permainan yang boleh ditukar dan DLC kostum teater tambahan.

Seperti yang kami laporkan, permainan baharu Sakura Wars ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada 28 April 2020 ini yang mana ianya adalah sekuel kepada permainan Sakura Wars: So Long My Love yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke artikel ini.


TIPS & ULASAN