Skip to main content

Re-Logic hari ini mengumumkan permainan mereka yang dilancarkan pada 2011 lepas iaitu Terraria telah pun terjual melebihi 30 juta salinan di konsol dan PC. Menurut mereka, 14 juta daripada jualan tersebut adalah di platform PC manakala 7.6 juta di konsol diikuti 8.7 di peranti mudah alih telefon pintar.

Semestinya ini adalah satu kejayaan yang sangat tinggu buat permainan tersebut yang mana kami sendiri juga menyukai permainan ini dan beberapa tahun lepas saya sendiri mengingati saat saya bermain secara multi-pemain berjam-jam atas sebab bentuk pengembaraan permainan ini yang sangat menarik sekali.

Terraria merupakan permainan pengembaraan dua dimensi yang mana anda boleh membina, bertempur dengan musuh dan sebagainya yang mana saya boleh katakan ia adalah seakan permainan Minecraft dalam bentuk dua dimensi.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mencuba Terraria, ia juga ditawarkan dengan harga diskaun sehingga 50% di Steam yang mana ianya boleh dibeli dengan harga serendah RM11.50 sahaja.

[info] Beli: Terraria [/info]

Leave a Reply