Genshin Impact iaitu permainan oleh miHoYo di mana mereka terkenal siri Honkai Impact sebelum ini mengumumkan permainan Genshin Impact, akan tiba di konsol PlayStation 4, Switch, PC bersama dengan versi permua di peranti iOS dan Android.

Terkini, mereka berkongsi satu video acah baharu yang memperlihatkan watak Fischl iaitu watak baharu yang kelihatan mempunyai kemahiran magis khas melalui matanya.

Selain itu, beberapa hari lepas, miHoYo juga berkongsi video khas yang mempamerkan bentuk permainan bersama watak Cpatain Kaeya yang mana juga merupakan salah seorang daripada watak yang boleh dimainkan buat permainan tersebut.

Semestinya permainan ini kelihatan sangat menarik sekali dengan visual grafik yang sangat menawan yang mana seperti anda, ianya sedikit sebanyak mengingatkan kami visual permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild.

Tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan. Namun ianya disahkan akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini