Skip to main content

Id Software dan Bethesda hari ini mengumumkan yang penganjuran acara tahunan QuakeCon untuk tahun ini telah dibatalkan kerana ingin memastikan keselamatan semua pihak akibat pandemik Covid-19. Ia sepatunya berlangsung pada bulan Ogos ini.

Tambah mereka lagi, perkara terakhir yang ingin dilakukan buat masa ini adalah berkumpul ramai-ramai. Mereka juga mengatakan walaupun jika pandemik Covid-19 sudah reda pada bulan Ogos ini, mereka tidak akan mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan.

Mereka juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat dan berjanji akan kembali pada tahun hadapadan.

Leave a Reply