Tinybuild hari ini mengumumkan yang siri permainan Hello Neighbor yang mengandungi tiga permainan iaitu Hello Neighbor, Hello Neightbor: Hide and Seek dan Secret Neighbor telah dimuat turun sebanyak 30 juta kali dan mempunyai lebih 30 juta pemain. Rata-rata pemain adalah kanak-kanak berumur 8 hingga 16 tahun dari Amerika Syarikat, China, Russia, Jerman, Perancis dan Amerika Selatan.
Siri ini telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan sebagai permainan mudah alih untuk iOS serta Android. Versi permaianan mudah alih ia boleh dimuat turun secara percuma tetapi memerlukan pembelian di dalam aplikasi untuk kandungan penuh.
Selain itu mereka juga mengumumkan yang buku berdasarkan siri permainan ini telah menjana $16 juta (RM69 juta) daripada hasil jualan buku.