Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Umum Penambahan Titan Quest: Atlantis Kini Tiba Di Konsol

THQ Nordic Umum Penambahan Titan Quest: Atlantis Kini Tiba Di Konsol

Diterbitkan pada Apr 1, 2020 oleh .

Minggu lepas, THQ Nordic dan Pieces Interactive melancarkan penambahan Ragnarök buat permainan Titan Quest secara rasmi di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Terkini, seminggu kemudian mereka juga melancarkan kemaskini Atlantis buat konsol, yang mana penambahan ini baru sahaja dilancarkan di PC sekitar tahun lepas.

Seperti penambahan sebelum ini, ianya akan menyertakan beberapa kandungan baharu termasuklah lokasi baharu untuk pemain terokai. Menariknya, kali ini penambahan ini akan memfokuskan pengembaraan pemain di bandar Atlantis.

Penambahan ini juga menyertakan beberapa mod cabaran maharu yang pemain boleh mainkan secara solo ataupun secara koperasi sehingga enam pemain serentak. Selain itu, ianya juga menyertakan pelbagia kelengkapan dan kemahiran baharu buat pemain.

Titan Quest sebelum ini telah pun dilancarkan di PC beberapa tahun lepas yang mana 2018 lepas ianya tiba secara rasmi di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN