Sebelum ini, Mojang menyatakan yang mana permainan Minecraft Dungeons akan dilancarkan pada April 2020 ini, namun terkini tampaknya permainan tersebut ditundakan yang mana ia akhirnya mendapat tarikh rasmi iaitu 26 Mei 2020 ini.

Menurut Mojang, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox ONe, Switch dan juga PC.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Minecraft Dungeons merupakan permainan sampingan buat siri Minecraft yang mana ianya lebih memfokuskan bentuk pengembaraan. Selain itu, permainan ini juga mempunyai bentuk kamera isometrik, seakan Diablo yang mana ianya juga boleh dimainkan secara multi-pemain sehingga empat pemain serentak.

Pemain juga berupaya untuk mengubah-suai rekaan watak dengan pelbagai kelengkapan dan senjata bersama-sama dengan pelbagai barangan dan kemahiran untuk menumpaskan musuh.

Bercakap berkenaan Minecraft Dungeons, Double Eleven iaitu studio yang terlibat dengan pembangunan permainan ini juga sebelum ini mengumumkan yang mana mereka akan membuka studio pembangunan di Malaysia. Anda juga boleh menonton video temubual bersama Mark South iaitu ketua pegawai operasi Double Eleven di sini.

Jadi bagi anda yang berminat, pastikan anda menanda tarikh pelancaran permainan ini di kalendar dan dapatkannya menjelang Mei ini di platform pilihan anda.

Sohor Kini