Seperti yang dijanjikan oleh Kojima Productions sebelum ini, mod foto buat Death Stranding bagi versi PlayStation 4 akhirnya dilancarkan secara rasmi melalui kemaskini terkini permainan tersebut.

Selain daripada itu, Kojima Productions juga membaiki beberapa keseimbangan permainan tersebut melalui kemaskini yang sama.

Untuk mengakses mod foto tersebut, pemain hanya perlu menekan bahagian kiri pad sesentuh DualShock 4 dan menu untuk mengambil foto akan terus dinaikkan dengan pelbagai tetapan foto yang pemain boleh lakukan seperti sudut foto, warna dan gaya watak. Seperti biasa, foto tersebut juga boleh dikongsikan melalui laman sosial dengan menggunakan butang kongsi di alat kawalan yang sama.

Dengan kemaskini ini juga, fungsi untuk memanggil pemain lain yang menggunakan pad sesentuh kini diubah kepada bahagian kanan pad sesentuh alat kawalan Dualshock 4 tersebut.

Death Stranding telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 yang mana kami sebelum ini telah pun mengulaskannya melalui pautan ini. Bagi informasi lanjut berkenaan versi PC anda boleh membaca artikel ini.

Sohor Kini