Skip to main content

Ubisoft hari ini melancarkan satu laman khusus untuk menyertakan tawaran bagi permainan mereka sepanjang pandemik Covid-19 ini. Antara permainan yang ditawarkan percuma bermula hari ini adalah Rayman Legends, Might & Magic Chess Royale dan Rabbids Coding.

Selain itu mereka juga menawarkan sesi percubaan untuk beberapa permainan mereka iaitu Ghost Recon Breakpoint, Trials Rising, The Crew 2, Ghost Recond Wildland dan The Division. Di hari-hari dan minggu-mingggu depan, mereka akan terus menambah tawaran yang disertakan.

Rayman Legends ditawarkan percuma sehingga 3 April 2020, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Ia adalah melalui Uplay, oleh itu tawaran ini adalah hanya untuk PC.

[info]Ubisoft: Free Events[/info]

Leave a Reply