Kemaskini: Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered akhirnya tiba di PS Store Malaysia di mana ia dijual dengan harga RM117. Pautan kami sediakan di bawah.
Selain itu, Activision telah berkongsi yang versi penambah-baikkan ini akan menyokong resolusi 4K dan HDR di konsol manakala PC akan menerima kadar segar semula tanpa had serta menyokong monitor ultra-lebar.
PS Store: Call of Duty Modern Warfare 2 Campaign Remastered
Activision hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered kini dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4 selama sebulan sebelum ia akan turut tiba untuk Xbox One dan PC pada 30 April kelak.
Seperti yang diura-urakan sebelum ini, ia adalah versi penambah-baikkan untuk bahagian kempen sahaja bagi permainan Call of Duty: Modern Warfare 2 yang dikeluarkan pada tahun 2009.
Ini adalah kali kedua mereka menambah-baik siri ini, Call of Duty: Modern Warfare yang pertama juga menerima versi Remastered. Satu perkara yang mengecewakan, buat masa ini ia masih tidak tersenarai di PS Store Malaysia. Kami akan kemaskini apabila ia hadir kelak.
Sementara itu anda boleh tonton video acah kami sertakan di bawah.