VIVA Games sebelum ini melancarkan permainan Immortal Legacy: The Jade Cipher, iaitu permainan realiti-maya yang dibangunkan khas buat PlayStation VR melalui konsol PlayStation 4 pada Mac tahun lepas. Seperti yang sering dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini dibangunkan di bawah inisiatif PlayStation iaitu China Hero Project.

Kini, selang setahun kemudian, VIVA Games akhirnya melancarkan versi tanpa sokongan realiti-maya iaitu Immortal Legacy: The Jade Cipher Console Edition, yang mana ia kini boleh dimainkan secara bentuk penembak pandang pertama.

Melalui permainan ini, pemain akan mainkan watak utama, Tyre iaitu seorang bekas tentera dan beliau akan mengembara di kepulauan Yingzhou selepas mister kematian ibunya. Bersama-sama dengan Ksana, pemain akan meneroka misteri permainan ini dan juga menyelesaikan kebenaran disebalik kematian ibu Tyre. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaannya, anda boleh ke artikel ini.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini dan tidak mempunyai set realiti-maya PlayStation VR, anda boleh dapatkan permainan ini di PSN Store dengan harga RM60 sahaja.

Beli PSN Store: Immortal Legacy: The Jade Cipher Console Edition

Sohor Kini