Skip to main content

Negara kita turut terjejas dengan wabak koronavirus Covid-19. Untuk mengawal dari virus ini terus tersebar, kerajaan telah hadir dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar pengguna kerja di rumah, duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana. Kerajaan sudah pun melanjutkan PKP ini tambahan dua minggu lagi. Kami yakin anda mula rasa bosan, terperangkap atau tepu otak.

Setakat ini PKP akan berterusan sehingga 14 April, jika anda tiada apa-apa ingin lakukan – menonton Netflix adalah aktiviti yang paling mudah untuk anda lakukan. Dalam artikel ini, kami senaraikan semua kandungan yang akan disertakan di Netflix Malaysia untuk sepanjang bulan April ini. Siri TV yang sudah keluar dari bulan lepas atau sebelumnya lagi dan masih berterusan, tidak akan kami senaraikan. Tetapi, musim baru yang baru disiarkan bulan April akan disenaraikan.

Antara paling menarik bagi kami adalah siri TV Money Heist. Ia adalah siri TV dari Sepanyol mengisahkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Professor (nama gelaran). Setiap misi rompakan telah dirancang dengan penuh butiran agar tidak diketahui oleh pihak berkuasa. Namun, rancangan yang tidak menjadi pelbagai perkara telah berlaku seperti ada yang mati, ada yang bebas. Bulan April ini, musim keempat akan mula disiarkan. Ia akan sambung dari musim ketiga yang tergantung, yang membuatkan ramai tidak puas hati. Bagi yang ingin tahu apa yang terjadi kepada Lisbon, Nairobi, Rio dan Tokyo – jangan lupa saksikan siri TV ini pada 3 April 2020.

Kandungan menarik kedua adalah siri animasi (anime) Ghost in the Shell: SAC_2045. Ia berlatarkan pada tahun 2045, yang mana ancaman kepupusan manusia berada di tangan sistem kecerdasan buatan. Bekas ahli Public Security Section 9, Major Motoko Kusanagi iaitu individu cyborg penuh diupah sebagai pembunuh upahan untuk menghentikan ancaman dari spesis selepas manusia. Ia adalah spesis yang tidak diketahui, manusia ke cyborg ke atau robot? Filem ini diarahkan oleh Kenji Kamiyama, Shinji Aramaki dan SOLA DIGITAL ARTS – yang mana pasukan yang terlibat dalam siri Ultraman di Netflix sebelum ini.

Ketiga yang menarik adalah satu filem dari Poland. Filem ini ditayangkan pada tahun 2018 dan di Netflix adalah untuk siaran global. Filem ini adalah filem siasatan pembunuhan, yang mungkin akan mempunyai adegan-adegan atau babak yang kejam, menggelikan dan menakutkan. Ini kerana seorang detektif dari Wroclaw telah menemui mayat yang dijahit dalam lembu. Detektif ini kemudian telah menemui petanda yang pembunuh ini sedang melakukan semula hukuman yang dilakukan pada abad ke-18.

Jika tiga yang kami cadangkan di atas tidak mengambil minat hati anda, di bawah ini adalah senarai penuh;

1 April

  • Fantastic Four (Filem, 2015)
  • Community (Siri TV, 6 Musim)
  • Dari Studio Ghibli (Filem Anime)
    • The Wind Rises
    • Howl’s Moving Castle
    • Ponyo
  • El Dragón: Return of a Warrior: Season 2 (Siri TV)
  • Nailed It!: Season 4 (Siri TV)
  • Sunderland ‘Til I Die: Season 2 (Siri TV)
  • The Iliza Shlesinger Sketch Show (Komedi Dokumentari)
  • David Batra: Elefanten I Rummet (Komediri)
  • How to Fix a Drug Scandal (Dokumentari)

3 April

  • Coffee & Kareem (Filem)
  • Money Heist: The Phenomenon (Filem Dokumentari)
  • StarBeam (Siri Animasi)
  • Spirit Riding Free: Riding Academy (Siri Animasi)

7 April

  • TERRACE HOUSE: TOKYO 2019-2020: Part 3 (Siri TV)

8 April

  • Sitara: Let Girls Dream (Filem Animasi)

9 April

  • Hi Score Girl: Season 2 (Siri Anime)

10 April

  • LA Originals (Filem Dokumentari)
  • Brews Brothers (Siri TV)
  • Tigertail (Filem)
  • The Main Event (Filem)

14 April

  • Chris D’Elia: No Pain (Komediri)

15 April

  • Outer Banks (Siri TV)
  • The Innocence Files (Siri Dokumentari)

16 April

  • Fary: Hexagone: Season 2 (Siri TV)
  • Fauda: Season 3 (Siri TV)
  • Mauricio Meirelles: Levando o Caos (Komediri)

17 April

  • Too Hot to Handle (Siri TV)
  • Sergio (Filem)
  • Betonrausch (Filem)
  • Legado en los huesos (Filem)
  • Earth and Blood (La terre et le sang) (Filem)
  • The Last Kids on Earth: Book 2 (Siri Animasi)

20 April

  • Cooked with Cannabis (Siri TV)
  • The Midnight Gospel (Siri TV)

21 April

  • Middleditch & Schwartz (Komediri)

22 April

  • Absurd Planet (Siri TV)
  • Win the Wilderness (Siri TV)
  • El silencio del pantano (Filem)
  • The Plagues of Breslau (Filem)
  • Circus of Books (Filem Dokumentari)

23 April

  • The House of Flowers : Season 3 (Siri TV)

24 April

  • After Life: Season 2 (Siri TV)
  • Hello Ninja: Season 2 (Siri Animasi)
  • Yours Sincerely, Kanan Gill (Komediri)

26 April

  • The Last Kingdom: Season 4 (Siri TV)

27 April

  • Never Have I Ever (Siri TV)

29 April

  • Nadiya’s Time to Eat (Siri TV)
  • Extracurricular (Siri TV)
  • Summertime (Siri TV)
  • A Secret Love (Filem Dokumentari)
  • Murder to Mercy: The Cyntoia Brown Story (Filem Dokumentari)

30 April

  • The Victims’ Game (Siri TV)
  • The Forest of Love: Deep Cut (Siri TV)
  • Rich in Love (Ricos de Amor) (Filem)
  • Dangerous Lies (Filem)
  • Drifting Dragons (Siri Animasi)

Akan Datang, Tiada Tarikh Lagi

  • The King: Eternal Monarch (Siri TV, lakonan Lee Min Ho)
  • Time To Hunt (Filem, Korea)

Seperti bulan lepas, bulan ini turut mempunyai banyak rancangan komediri (Stand-Up Comedy) bakal hadir di Netflix. Mungkin tidak semua lawak jenaka akan kena dengan jiwa kita, kerana pelawak-pelawak ini adalah dari luar negara dan kebanyakan lawak mereka perkenalkan adalah dari penghalaman hidup mereka, politik negara mereka atau lain-lain. Tetapi ada juga yang bertemakan kekeluargaan atau berdikari.

Terdapat juga K-Drama yang ramai nanti-nantikan, ia adalah The King: Eternal Monarch. Ia adalah siri TV K-Drama lakonan Lee Min Ho sebagai Lee Gon dan Kim Go Eun (Goblin) sebagai Jung Tae Eul. Lee Gon adalah manusia dari dunia lain dan mungkin juga dari masa yang lain telah masuh ke dunia Jung Tae Eul akibat satu pintu dibuka oleh The Devil. Mereka berdua kemudiannya jatuh cinta, bersama-sama ingin menutup pintu misteri ini dan melindungi orang yang mereka kasihi.

Sedikit informasi tambahan untuk pembaca Aksiz. Seperti yang dilaporkan di Amanz, kualiti penstriman Netflix di Malaysia turut akan direndahkan. Ini adalah bagi memastikan trafik Internet kekal stabil dan berjalan dengan lancar. Pekara ini terpaksa dilakukan keraka PKP, ramai yang duduk di rumah dan banyak menggunakan Internet. Dengan mengurangkan kualiti penstriman, 25% penggunaan jalur lebar dapat dikurangkan. Tiada penurunan harga, kerana Netflix Malaysia masih memberikan kemampuan penstriman pada resolusi 4K, cuma kadar bit sahaja direndahkan.

Leave a Reply