Skip to main content

Gamedev.world telah melancarkan satu kutipan dana iaitu GDC Relief Fund untuk membantu pembangun-pembangun indie yang terkesan akibat pembatalan GDC pada tahun ini.

Melaluinya, pemain boleh menyumbang seikhlas yang diiringkan bermula $1 (RM4.31) dan sebagai terima kasih, anda akan mendapat 167 permainan indie yang boleh dimuat turun. Kebanyakan adalah permainan tanpa DRM dan 10 permainan melalui Steam.

GDC merupakan acara yang penting untuk pembangun indie, melaluinya mereka akan mencari penerbit yang berminat untuk menerbitkan permainan mereka, tanpa penerbit, permainan tersebut mungkin tidak langsung dikeluarkan. Tambahan lagi mereka tidak akan mendapat bayaran balik untuk tiket, visa dan sebagainya.

Jadi GDC Relief Fund ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan tersebut.

Tawaran ini akan berakhir pada Jumaat ini, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pelbagai permainan dan juga membantu pembangun indie.

[info]Itch.io: GDC Relief Fund[/info]

Leave a Reply