Skip to main content

Steam hari ini mengumumkan yang mereka membuat sedikit perubahan kepada sistem kemaskini automatik iaitu hanya permainan yang dimainkan sepanjang 3 hari lepas sahaja yang akan terus mendapat kemaskini. Permainan lain, akan dilakukan semasa waktu bukan puncak.

Ini adalah untuk mengurangkan penggunaan internet semasa pandemik Covid-19 ini yang sudah semestinya menjadikan talian tersangat sibuk. Pemain masih boleh lagi memuat turun kesemua kemaskini secara manual, jika perlu.

Steam juga menyarankan anda untuk melakukan beberapa perkara bagi mengurangkan penggunaan internet, antara menetapkan sendiri jadual kemaskini, memperlahankan kelajuan internet untuk Steam dan juga menyimpan permainan yang ingin dinyah-pasang di tempat lain agar tidak perlu memuat turunnya sekali lagi.

Leave a Reply