Informasi Permainan Video Terkini
Komposer Permainan Bloodborne, Yuka Kitamura Disahkan Terlibat Dengan Pembangunan Elden Ring

Komposer Permainan Bloodborne, Yuka Kitamura Disahkan Terlibat Dengan Pembangunan Elden Ring

Diterbitkan pada Mac 30, 2020 oleh .

Semestinya sejak pengumuman pada acara E3 tahun lepas buat permainan seterusnya oleh Bandai Namco iaitu Elden Ring, ianya menjadi salah satu permainan yang dinantikan-nantikan oleh ramai peminat atas sebab ianya adalah permainan kolaborasi antara Hidetaka Miyazaki dari From Software dan George R.R. Martin iaitu penulis novel fantasi A Song Of Ice And Fire, Game Of Thrones.

Terkini, melalui kuciran di Twitter, Yuka Kitamura iaitu komposer untuk permainan From Software lain seperit Dark Souls, Bloodborne dan Sekiro: Shadows Die Twice mengesahkan yang mana beliau juga terlibat untuk menghasilkan muzik latar buat permainan Elden Ring.

Semestinya buat mereka yang meminati muzik-muzik daripada siri permainan tersebut pasti tidak sabar untuk mendengar dan menikmati muzik buat permainan Elden Ring ini.

Akan tetapi, buat masa ini, informasi lanjut berkenaan Elden Ring masih belum diumumkan dan memandangkan acara E3 2020 dibatalkan, kita mungkin tidak akan mendengar beberapa perkembangan permainan ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN