Skip to main content

Berkali-kali kami sebelum ini melaporkan yang mana Activision mungkin akan melancarkan semula permainan Call Of Duty: Modern Warfare 2 Remastered dan kini kita disajikan lagi dengan satu lagi laporan terkini berkenaan permainan tersebut di mana menurut laporan PushSquare, permainan tersebut mungkin akan kembali melalui mod kempen solo sahaja.

Berdasarkan imej yang tertiris di atas, yang dikongsikan CharlieIntel, karya utama permainan tersebut tampaknya menyenaraikan permainan tersebut sebagai Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered, sekaligus buat kami berasa permainan ini hanya akan kembali sebagai permainan pernambah-baikkan melalui mod kempen solo sahaja.

Menariknya juga, permainan tersebut juga tertiris bersama pilihan untuk membeli kandungan tambahan berkas “Underwater Demo Team Classic Ghost” atau berkas “Ghost Pack: Oil Rig” yang mana kami percaya ianya adalah kandungan bonus untuk permainan Call Of Duty: Modern Warfare yang dilancarkan tahun lepas.

Semestinya dengan permainan multi-pemain Call Of Duty: Modern Warfare dan juga Call Of Duty: Warzone yang dilancarkan sebelum ini, Activision tidak ingin membahagikan pemain untuk sesi multi-pemain dan hanya akan memfokuskan bentuk penceritaan solo sahaja.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply