Tahun lepas, kami berkongsi yang mana Titan Comic akan melancarkan komik khas sekuel kepada permainan Horizon Zero Dawn yang mana ianya akan memfokuskan watak Talanah dan Aloy.

Terkini, tarikh pelancaran komik tersebut akhirnya diumumkan di mana ia bakal dilancarkan pada 22 Julai 2020 ini dengan beberapa karya depan yang berbeza. Menurut laporan, komik tersebut dihasilkan oleh Anne Toole dan dilukiskan oleh Ann Maulina.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, penceritaan komik ini akan memfokuskan selepas tamatnya permainan Horizon Zero Dawn dan watak Talanah bersama Aloy juga disahkan akan kembali.
Berdasarkan senarai harga di ComiXology, ianya akan dijual dengan hanya $3.99(~RM18) untuk satu naskhah pertama. Titan Comic juga menyatakan akan terdapat satu lagi komik Prekuel yang akan tiba pada 2 Mei 2020 ini.
Horizon Zero Dawn sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan ianya juga disahkan akan hadir di PC melalui Steam sekitar tahun ini.