Informasi Permainan Video Terkini
PlayStation Japan Mengumumkan Sokongan Mesej Antara PS3 Dengan Platform Lain Dihentikan

PlayStation Japan Mengumumkan Sokongan Mesej Antara PS3 Dengan Platform Lain Dihentikan

Diterbitkan pada Mac 30, 2020 oleh .

PlayStation Japan hari ini mengumumkan yang sokongan mesej antara PS3 dengan platform lain iaitu PlayStation 4, PlayStation Messagaes App, My PlayStation dan PlayStation Vita dihentikan. Ini membawa maksud;

  • PS3 tidak boleh menghantar mesej kepada platform lain
  • Platform lain tidak boleh menghantar mesej ke PS3
  • PS3 tidak dapat melihat status platform lain dan begitu juga sebaliknya.

Sistem mesej di-antara konsol PS3 bersama dengan PS3 yang lain masih boleh digunakan. Ia akan bermula pada 30 Jun 2020 tetapi mungkin berbeza mengikut benua.

Tidak dipastikan mengapa sokongan ini dibuang, tetapi berkemungkinan PS3 menggunakan sistem yang berlain sebelum ini dan memerlukan sokongan yang lebih. Dengan pemain kini telah menuju ke generasi baharu, mungkin Sony mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokongnya.


TIPS & ULASAN