Dengan pelancaran musim ketiga buat siri Netflix Castlevania awal bulan ini, minggu ini Netflix mengesahkan yang mana siri tersebut akan diteruskan dengan musim ke-4.

Buat masa ini, Netflix tidak berkongsi berkenaan tarikh pelancaran mahupun jumlah episod bagi musim seterusnya. Walaupun begitu, setakat ini, siri tersebut mempunyai sejumlah 22 episod yang terbahagi kepada 3 musim dan ianya telah pun dilancarkan di Netflix.

Jadi bagi anda yang tidak sabar untuk menantikan musim ke-4 siri seperti kami, sudah pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya apabila ia diumumkan secara rasmi kelak.

Sohor Kini