Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Umum Permainan Pernambah-Baikkan NieR Replicant Bakal Tiba Di Konsol Dan PC
PC

Square-Enix Umum Permainan Pernambah-Baikkan NieR Replicant Bakal Tiba Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Mac 29, 2020 oleh .

Seperti yang diacahkan oleh Square-Enix sebelum ini bersempena dengan ulang tahun ke-10 buat siri NieR, hari ini mereka mengumumkan permainan pernambah-baikkan NieR Replicant akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam sebagai permainan NieR Replicant Ver. 1.22474487139.

Menurut video acah tersebut, permainan ini dibangunkan oleh Toy Logic dan ianya adalah berdasarkan permainan NieR Replicant yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Menurut Square-Enix, permainan ini disahkan akan tiba secara global dan ianya sememangya berdasarkan permainan NieR Replicant yang dilancarkan di PlayStation 3 lepas yang memfokuskan watak utama yang lebih muda berbanding watak yang lebih tua buat NieR Gestalt. Namun, NieR Replicant sebelum ini tidak dilancarkan secara global dan ianya hanya buat pasaran Jepun sahaja.

Dengan pelancaran versi penambah-baikkan ini secara global, semestinya lebih ramai pemain berpeluang untuk bermain permainan ini kelak. Akan tetapi, dari segi tarikh pelancaran masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN