Jika anda seperti saya, dan membesar di era 80 dan 90an dan mempunyai akses kepada siaran televisyen, anda pastinya pernah menonton, ataupun sekurang-kurangnya mendengar tentang G.I. Joe, iaitu sebuah siri animasi tentang sekumpulan askar-askar Amerika yang melindungi negara mereka daripada ancaman musuh.

Hasbro, pemilik hak cipta G.I. Joe baru-baru ini telah memuat-naik sedikit daripada siri animasi tersebut di laman YouTube mereka. Ia merangkumi tiga siri jalan cerita (series arc) dimana setiap jalan cerita terdiri daripada lima episod, termasuklah The M.A.S.S. Device, The Revenge Of Cobra dan The Pyramid Of Darkness.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi jika Hasbro akan melancarkan lebih banyak episod dimasa akan datang, ataupun jika mereka akan menyiarkan lebih banyak lagi siri animasi klasik milik mereka seperti seperti Jem and The Holograms, Beast Wars Transformers ataupun Conan The Adventurer.

Sohor Kini