DeadToast hari ini mengumumkan yang permainan aksi mereka My Friend Pedro akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 2 April 2020. Ia sebelum ini dikeluarkan untuk Switch dan juga PC pada Jun tahun lepas.
Versi PS4 ini dibangunkan bersama di-antara mereka, 22nd Century Toys dan Devolver Digital sebagai penerbit. Versi ini juga akan menyertakan kandungan Code Yellow yang membolehkan pemain untuk mengubah perkara tertentu di dalam permainan.
My Friend Pedro sebelum ini diumumkan telah terjual sebanyak 250 ribu unit selepas seminggu dikeluarkan.