Activision dan Tencent hari ini melancarkan kemaskini baharu untuk permainan mudah alih Call of Duty Mobile. Ia adalah persediaan untuk permulaan bagi musim ke-4 yang akan bermula pada 1 April 2020 sehingga 1 Jun 2020.
Selain itu, ia juga menyertakan dua mod multi-pemain baharu iaitu Gun Game: Team Fight dan 2v2 Showdown;
- Gun Game: Team Fight – Ia adalah versi lain untuk Team Deathmatch di mana senjata yangg digunakan akan meningkat tahap dengan setiap pembunuhan dan dua sokongan. Pasukan pertama mencapai 60 markah menang.
- 2v2 Showdown – Dua pasukan yang terdiri daripada 2 pemain akan bertempur dengan senjata diberikan secara rawak serta bertukar setiap 2 pusingan. Pasukan pertama yang memenangi 6 pusingan akan menang.
Mereka juga menyertakan peta baharu iaitu Meltdown yang merupakan peta daripada Call of Duty: Black Ops 2. Video untuk peta ini boleh ditonton di bawah.
Call of Duty Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android di mana buat pasaran Malaysia ia diterbitkan oleh Garena.