Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac 2020 lepas, terdapat pelbagai permainan yang ditawarkan secara percuma sama ada di konsol, PC mahupun di peranti telefon pintar.

Terkini, untuk mengisikan lagi masa lapang anda, Apple mengumumkan yang mana mereka juga menyediakan beberapa permua yang ditawarkan secara percuma, di mana ianya terdiri daripada pelbagai permainan-permainan dari seluruh dunia dan termasuklah permainan dari pembangun tempatan iaitu King’s League: Odyssey dan Tiny Guardians daripada Kurechii.

Berikut adalah senarai permua yang ditawarkan secara percuma:

  • Takoway
  • Cat Quest
  • She And The Light Bearer
  • Lara Croft GO
  • Holy Potatoes! A Spy Story?!
  • Earth Atlantis
  • Holy Potatoes! We’re In Space?
  • Tiny Guardians
  • Holy Potatoes! A Weapon Shop?!
  • Rolando: Royal Edition
  • King’s League: Odyssey
  • Dig Deep!

Tawaran ini adalah percuma sehingga 3 April 2020 sahaja dan bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turun permua tersebut dan terus simpan di dalam perpustakaan permua anda.

Layari: Permua Percuma Di iOS

Sohor Kini