Netflix Dilapor Membatalkan Musim Ke-2 Messiah

Netflix hari ini dilaporkan telah membatalkan musim ke-2 untuk siri kontroversi Messiah. Perkara tersebut dinyatakan oleh pelakon bagi siri ini Wil Traval melalui perkongsian di Instagram beliau.

Namun, buat masa ini, Netflix masih tidak berkongsi sebarang pengesahan tetapi menurut The Hollywood Reporter, Netflix tidak yakin yang mereka dapat menerbitkan musim baharu dengan keadaan yang tidak tentu kerana pandemik Covid-19 ini. Messiah yang menyertakan pelakon serta tempat daripada pelbagai negara menjadikan ia lebih sukar.

Sudah-kah anda menonton siri Messiah ini dan adakah musim ke-2 sesuatu yang anda inginkan?

Sohor Kini