ESL dan PUBG Mobile minggu ini telah mengumumkan perjanjian untuk menganjurkan pelbagai kejohanan esukan PUBG Mobile sepanjang tahun ini sehinggalah kejohanan akhir World Championships.

Dengan kerjasama ini, mereka juga membuka studio khas di Poland yang akan menjadi penganjur utama untuk kejohanan di luar talian selepas ia dibenarkan kerana pandemik Covid-19.

Disember lepas, Tencet telah mengumumkan perancangan esukan untuk PUBG Mobile yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $5 juta (~RM21 Juta).

Sohor Kini