Playdead hari ini melalui akaun Twitter mereka telah memperlihatkan video pendek bagi permainan terbaru mereka, video tersebut tidak bergerak, sekadar satu gambar tetapi ia memperlihatkan sesuatu yang pemain sudah pasti biasa dengan permainan Limbo dan Inside sebelum ini.

Bersama dengan perkongsian tersebut mereka juga sedang mencari pekerja untuk mengisi beberapa jawatan kosong. Ini hadir selepas Epic Games Publishing mengumumkan yang mereka bakal membayar 100% kos pembangunan untuk permainan seterusnya oleh Playdead.

Permainan baharu ini, pertama kali diumumkan pada tahun 2018, di mana mereka berharap ia dapat dimainkan secara dalaman pada tahun 2019. Tarikh pengeluaran masih tidak diumumkan akan tetapi kami menjangkakan pada akhir tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan.

Sohor Kini