Informasi Permainan Video Terkini
Minecraft Earth Dikemaskini Supaya Lebih Mesra Dimainkan Ketika Berkurung Di Rumah

Minecraft Earth Dikemaskini Supaya Lebih Mesra Dimainkan Ketika Berkurung Di Rumah

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Seperti Pokemon GO, Mojang hari ini mengumumkan yang mana mereka kini mengemaskini permua Minecraft Earth yang mana ianya kini akan lebih mesra untuk dimainkan ketika berkurung di rumah.

Melaluinya, Mojang berharap agar pemain kurang keluar untuk bermain permainan yang memfokuskan lokasi dan realiti-terimbuh tersebut sekaligus memberi kesenangan pemain untuk mendapatkan barangan.

Antara perubahan yang diumumkan adalah Mojang akan tingkatkan jumlah abarnagan yang pemain boleh dapat dengan hanya melakukan pengembaraan Adventures Crystals di rumah. Selain itu, mereka juga menyenangkan lagi pemain dengan tingkatkan jumlah mampatan Tappable buat pemain.

Minecraft Earth telah pun dilancarkan di iOS dan Android secara percuma dan bagi anda yang berminat, anda boleh muat-turunnya di bawah.

App Store: Minecraft Earth

Play Store: Minecraft Earth


TIPS & ULASAN