Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Full Metal Alchemist Kini Tiba Di Permua Final Fantasy Brave Exvius

Kandungan Full Metal Alchemist Kini Tiba Di Permua Final Fantasy Brave Exvius

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Permua Final Fantasy Brave Exvius semestinya sering kali mengadakan pelbagai acara kolaborasi dengan pelbagai francais dari permainan Square-Enix sendiri ataupun permainan luar sehinggalah kolaborasi bersama artis terkemuka.

Terkini, untuk meneruskan acara kolaborasi buat permua tersebut, Square-Enix hari ini mengumumkan acar kolaborasi seterusnya bersama siri Anime terkenal iaitu Full Metal Alchemist Brotherhood yang mana ianya bermula hari ini sehingga 8 April 2020 ini.

Melalui acar akolaborasi ini, pemain boleh dapatkan pelbagai watak-watak daripada siri Anime tersebut terdiri daripada Edward Elric, Alphonse Elric dan Riza Hawkeye yang boleh didapatkan melalui pemanggil masa terhad yang terdapat di dalam permainan tersebut. Manakala watak Roy Mustang dan King Bradley pula akan tiba pada 30 Mac ini.

Menariknya, pemain juga berpeluang untuk dapatkan watak Winry Rockbell dengan hanya log masuk permua tersebut ketika acara ini berlangsung.

Selain itu Square-Enix juga umum acara Raid khas yang akna berlangsung bermula hari ini sehingga 8 April 2020 ini untuk acara Raid The First Homunculus. Manakala acara raid Fuhrer King Braidley Trail pula akan berlangsung pada 2 hingga 8 April ini.

Final Fantasy: Brave Exvius telah pun dilancarkan di peranti iOS dan Android secara percuma.

Muat Turun Final Fantasy: Brave Exvius Di Google Play Store

Muat Turun Final Fantasy: Brave Exvius Di Apple Play Store


TIPS & ULASAN