Informasi Permainan Video Terkini
Demo Life Is Strange 2 Dilancarkan Di Konsol Dan PC
PC

Demo Life Is Strange 2 Dilancarkan Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Square-Enix dan Dontnod Entertainment hari ini melancarkan demo khas buat permainan Life Is Strange 2 yang mana ianya memberi peluang untuk pemain mencuba sebahagian permainan tersebut secara percuma.

Menurut Square-Enix, demo tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Life Is Strange 2 merupakan sekuel kepada siri Life Is Strange di mana ianya memfokuskan watak Sean dan Daniel Diaz melarikan diri dari rumah selepas insiden tragik yang berlaku. Dengan memfokuskan bentuk permainan berepisod, permainan ini mempunyai bentuk naratif yang bercabang di mana setiap pilihan pemain akan memberi kesan terhadap penceritaannya.

Kami sebelum ini telah pun membuat ulasan penuh buat permainan ini di mana anda boleh membacanya di bawah. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya dahulu, anda juga boleh memuat-turunnya demo permainan tersebut di platform pilihan anda.

Muat-Turun PC: Demo Life Is Strange 2

Muat-Turun PS4: Demo Life Is Strange 2

Muat-Turun Xbox One: Demo Life Is Strange 2


TIPS & ULASAN