Informasi Permainan Video Terkini
Torchlight III – Watak Kelas Sharpshooter Diperlihatkan
PC

Torchlight III – Watak Kelas Sharpshooter Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan yang mana permainan Torchlight Frontiers dijenamakan semula sebagai Torchlight III di mana Echtra Games umum ia kini adalah sambungan untuk Torchlight II.

Terkini, untuk berkongsi kemaskini pembangunan permainan tersebut, Echtra Games memperlihatkan watak kelas Sharpshooter baharu secara rasmi yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Sharpshooter merupakan kelas watak baharu buat permainan ini yang mana ia memfokuskan bentuk serangan jarak jauh dengan menggunakan senapang ataupun pistol. Dengan pelbagai serangan dan kemahiran jarak jauh, kelas watak ini juga berupaya untuk memanggil semangat khas Shasta yang akan membantu pemain untuk bertempur.

Buat masa ini, Echtra Games masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya secara rasmi, namun ianya disahkan bakal hadir sekitar tahun ini di PC dahulu dan diikuti pelancaran di konsol.


TIPS & ULASAN