AMD hari ini melaporkan yang mana terdapat seorang penggodam telah mencuri kos sumber buat konsol Xbox Series X bagi kandungan grafik konsol tersebut.
Menurut AMD, pada Disember tahun lepas, mereka dihubungi oleh penggodam tersebut yang mana beliau dikatakan mempunyai kos sumber untuk beberapa produk grafik terkini dan masa hadapan AMD yang mana AMD kini menyatakan ianya sudah pun dipadamkan.
Menurut laporan lagi, sebahagian kod sumber tersebut telah pun ditiriskan yang mana ianya mempunyai beberapa sumber kod untuk AMD Navi 10, Navi 21 dan Arden. AMD kemudiannya telah memfailkan beberapa notis buat Microsoft melalui laman GitHub atas sebab laman tersebut digunakan sebagai lokasi kod sumber tersebut ditiriskan.
Menariknya, AMD menyatakan yang mana mereka percaya kod sumber yang dicuri tersebut tidaklah kod sumber utama yang akan memberi kesan terhadap sekuriti produk grafik mereka sekaligus, mereka tidak risau akan ancaman penggodam walaupun beliau akan memuat-naik informasi tersebut.
Seperti biasa akan kami kemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah ia dikongsikan kelak.