Dengan tamatnya kemaskini percuma Grand Prix yang dikongsikan oleh kami sebelum ini buat permainan Crash Team Racing Nitro-Fueled, Activion dan Beenox hari ini mengumumkan yang mana permainan tersebut masih lagi akan menerima kandungan baharu iaitu Beenox Pack di mana ianya sekali lagi akan diberi secara percuma buat semua pemain.

Seperti kemaskini sebelum ini, Beenox Pack ini akan menyertakan pelbagai kandungan seperti watak baharu, set kart baharu dan pelbagai pelekat bersama kandungan kosmetik yang anda boleh gunakan.

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan pelbagai cabaran seperti cabaran Wumpa yang mana ia akan menyertakan pelbagai cabaran mengikut hari, minggu dan bulanan yang pemain boleh lakukan untuk dapat Wumpo Koin. Selain itu, mod Ghost Hunt juga kembali dan juga cabaran Gold Wumpa Hunt. Beenox juga akan menyertakan mod masa yang pemain boleh lakukan dan mencabar tempoh masa pembangun Beenox yang mana jika pemain berjaya, mereka akan sertakan pelbagai ganjaran buat pemain.

Kandungan Pit Stop juga disertakan dengan pelbagai kandungan baharu dan juga beberapa pilihan bersama variasi warna untuk kostum-kostum watak. Semestinya Beenox tidak berhenti setakat itu sahaja di mana anda boleh membaca keseluruhan kemaskini permainan ini di artikel rasmi Activision.

Crash Team Racing Nitro-Fueled telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini