Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Fallout 76: Wastelanders Ditunda Seminggu – Bakal Tiba 14 April Ini
PC

Kemaskini Fallout 76: Wastelanders Ditunda Seminggu – Bakal Tiba 14 April Ini

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Februari lepas, Bethesda Softworks mengumukan kemaskini baharu buat permainan Fallout 76 yang akan menyertakan NPC akan tiba bulan April ini, di mana ianya semestinya adalah kemaskini yang dinantikan pemain buat permainan tersebut setelah sekian lama ianya mempunyai pelbagai masalah.

Terkini, Bethesda Softworks mengumumkan yang mana mereka terpaksa menunda kemaskini tersebut seminggu yang mana ianya kini disahkan akan tiba pada 14 April 2020 ini.

Menurut Bethesda, penundaan ini adalah disebabkan wabak Koronavirus (Covid-19) yang mana semestinya memberi kesan terhadap industri bukan sahaja di Bethesda. Sekaligus atas sebab tersebut, mereka memerlukan seminggu masa tambahan untuk memastikan kemaskini tersebut tidak akan mempunyai masalah apabila ia dilancarkan kelak.

Semestinya tempoh masa penundaan ini tidaklah begitu lama, meskipun begitu dengan ramai pemain di dunia yang sekarang ini berkurung di rumah termasuklah pembangun, semestinya pelancaran kemaskini ini di bulan April adalah satu pilihan yang baik. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan kemaskini ini anda boleh ke pautan di bawah.

Fallout 76 telah pun dilancarkan pada 2018 lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN