Skip to main content

Melalui laporan Hollywood Reporter, Netflix akan bekerjasama bersama Rovio dan syarikat produksi Cake Entertainment, untuk melancarkan siri Netflix baharu berdasarkan francais permua terkenal iaitu Angry Birds menjelang 2021 ini.

Menurut laporna, siri tersebut akan dinamakan Angry Birds: Summer Madness yang mana ia akan mempunyai 40 episod dengan berdurasikan sekitar 11 minit. Siri tersebut akan memfokuskan burung-burung Angry Birds ketika kem musim panas dengan kaunselor mereka iaitu burung helang.

Semestinya ini bukan kali pertama siri animasi Angry Birds dilancarkan di mana sebelum ini Angry Birds Toon juga di bawah produksi Cake Entertainment juga pernah dilancarkan dan kini dengna kerjasama Netflix, ianya semestinya akan menambahkan lebih banyak kandungan di platform penstriman tersebut.

Kami sebelum ini juga pernah membuat ulasan Angry Birds Movie 2 yang mana anda boleh menontonnya di bawah.

Leave a Reply