Informasi Permainan Video Terkini
Endless Legend Boleh Dicuba Secara Percuma Untuk Tempoh Masa Terhad
PC

Endless Legend Boleh Dicuba Secara Percuma Untuk Tempoh Masa Terhad

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

SEGA dan Amplitude Studios minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan membenarkan pemain untuk bermain permainan Endless Legend secara percuma khas di PC melalui Steam. Tawaran ini bermula minggu ini sehingga 31 Mac 2020 ini.

Endless Legend adalah permainan strategi pertempuran secara turutan yang dibangunkan oleh Amplitude Studios, yang mana mereka juga adalah pembangun untuk permainan akan datang Humankind.

Bersempena dengan ini, mereka juga menawarkan promosi jualan khas yang pemain boleh beli dengan diskaun sehingga 75% dengan harga serendah RM14 sahaja. Semestinya buat anda yang meminati dengan genre ini, tawaran ini adalah pasti satu tawaran yang sangat berbaloi dan bagi anda yang ingin membeli ataupun mencuba permainan tersebut anda boleh ke pautan di bawah.

Layari Tawaran: Endless Legends


TIPS & ULASAN