Epic Games hari ini mengumumkan yang perjanjian penerbitan multi-platform bersama dengan pembangun gen Design (The Last Guardian), Playdead (Inside, Limbo) dan Remedy Entertainment (Control) sebagai rakan terawal untuk Epic Games Publishing.
Pada awal hari ini, Remedy Entertainment telah mengumumkan yang mereka menandatangani perjanjian penerbitan untuk dua permainan berdasarkan satu IP sama yang tidak diumumkan lagi.
Manakala Playdead seperti kita sedia maklum sedang membangun permainan berasaskan sains fiksyen. genDesign kali terakhir memperacah sesuatu di laman mereka pada tahun 2018, buat masa ini tidak disahkan lagi mereka sedang membangunkan permainan apa.
Melalui perjanjian ini, Epic Games ingin mempunyai perhubungan yang lebih baik dengan pembangun di mana mereka akan menyertakan tiga perkara berikut;
- Pembangun akan memiliki sepenuhnya kebebasan kreatif dan hak milik untuk IP permainan tersebut.
- Epic Games Publishing akan membayar 100% kos pembangunan permainan termasuk juga kos penerbitan seperti pengiklanan.
- Keuntungan (selepas menolak kos pembangunan) akan dibahagi secara 50/50
Ini mungkin adalah gerakan pertama oleh Epic Games untuk menerbitkan lebih banyak permainan. Salah satu daripada tiga perkara di atas adalah pembangun mempunyai kebebasan kreatif, jadi tidak pasti jika permainan-permainan ini diwajibkan menggunakan Unreal Engine.