Informasi Permainan Video Terkini
Orange Esports Menawarkan Perkhidmatan Sewa PC Terus Ke Rumah

Orange Esports Menawarkan Perkhidmatan Sewa PC Terus Ke Rumah

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Orange Esports Cafe hari ini mengumumkan yang mereka menawarkan perkhidmatan [email protected] Rental Initiative di mana anda boleh menyewa satu set PC untuk anda gunakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Mereka menawarkan 2 pilihan spesifikasi iaitu Premium yang menyertakan CPU i5 dan GPU GTX 1050Ti dengan harga RM200 untuk 2 minggu ataupun RM350 untuk sebulan. Manakala spesifikasi Ultimate CPU i7 dan GPU GTX 1070Ti dengan harga RM300 untuk 2 minggu dan RM500 untuk sebulan.

Kedua-dua pakej tersebut juga akan disertakan dengan monitor BenQ 24inch (Ultimate menyertakan monitor dengan kadar segar semula 144hz) dan papan kekunci serta tetikus Logitech. Permainan-permanian yang terpasang di PC tersebut adalah Dota 2, CS:GO, Fortnite, Apex Legends dan PUBG.

Maklumat lanjut anda boleh hubungi no telefon ataupun emel di atas, dan juga melalui Facebook mereka. Oleh kerana mereka akan melakukan penghantaran terus ke rumah, perkhidmatan ini hanya terhad kepada Lembah Kelang sahaja. Ia juga mengenakan caj penghantaran sebanyak RM30.


TIPS & ULASAN