Gearbox Software hari ini mengumumkan yang pengasas bersama studi pembangunan tersebut iaitu London Montgomery telah meninggal dunia. Beliau, bersama dengan Randy Pitchford, Brian Martel, Stephen Bahl dan Rob Heironimus menubuhkan Gearbox Software pada tahun 1999.

Semasa bersama dengan Gearbox Software, beliau terlibat di dalam pembangunan permainan seperti Half-Life, James Bond:007, Halo: Combat Evolved dan Brothers in Arms.

Beliau meninggalkan Gearbox Software pada tahun 2007 dan bekerja dengan beberapa syarikat seperti Daybreak Game Company dan Nvidia Lightspeed Studios sebagai penerbit, di mana beliau baru mula memegang jawatan tersebut pada November tahun lepas.

Takziah kami ucapakan untuk keluarga dan kenanalan beliau.

Sohor Kini