Tahun lepas, pembangun permainan SMITE dan Paladins mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan baharu iaitu Rogue Company di mana ianya memfokuskan bentuk permainan penembak atas-talian.

Terkini, Hi-Rez Studios akhirnya memperlihatkan bentuk permainan tersebut secara rasmi yang mana kelihatan ianya sedikit sebanyak mempunyai bentuk seakan pertempuran royale.

Berdasarkan video di atas, ianya kelihatan akan memfokuskan bentuk berpasukan sebanyak 4 pemain di mana pemain akan turun ke satu bangunan daripada kapal terbang. Pemain kemudian perlu berempur dengan pasukan lain dengan melengkapkan objektif dan menumpaskan pasukan pemain lain.

Dari segi senjata, ianya juga kelihatan yang menyertakan pelbagai jenis senjata menarik yang pemain boleh gunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis watak dengan kemahirannya tersendiri.

Permainan ini dijadualkan untuk tibadi konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan bagi anda yang berminat untuk mencubanya lebih awal, pendaftaran sesi alfa buat permainan ini telah pun dibuka melalui laman rasmi permainan tersebut.

Sohor Kini