Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi beberapa kemaskini perubahan bentuk permainan Pokémon GO yang Niantic Labs lakukan untuk mengurangkan pemain untuk keluarga ketika wabak Koronavirus (Covid-19) yang sedang tular dan tampaknya, hasil tersebut memberi kesan yang baik untuk pembangun permua tersebut.

Melalui laporan Venture Beat, permua Pokémon GO sekarang ini mendapat jumlah pendapatan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini di mana menurut data Sensor Tower, pemain berbelanja sehingga $23 juta pada minggu lepas ketika 16 Mac 2020, iaitu jumlah tertinggi berbanding minggu-minggu sebelum ini.

Walaupun data tersebut adalah berdasarkan perbelanjaan di negara Amerika Syarikat namun kami percaya ianya juga meningkat di seluruh dunia akibat perubahan yang diumumkan oleh Niantic Labs sebelum ini yang meningkatkan lagi jumlah Pokémon walaupun berada di rumah.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan perubahan yang diumumkan oleh pembangun sebelum ini, anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply