Skip to main content

Avalanche Studios iaitu pembangun untuk siri permainan Just Cause dan Generation Zero hari ini mengumumkan beberapa perubahan penjenamaan studio mereka yang mana kini ianya dipanggil Avalanche Studios Group dan dua lagi studio di bawah mereka iaitu Expansive Worlds dan Systemic Reaction.

Bersempena dengan pengumuman itu, mereka juga menawarkan tawaran khas permainan yang kami kongsi sebelum ini dan studio Systemic Reaction, iaitu studio yang terlibat dengan permainan Generation Zero pula mengacahkan permainana baharu.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan tersebut kelihatan akan memfokuskan bentuk penembak pandang pertama yang mana kelihatan ianya mungkin adalah satu permainan seram.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan dan permainan ini kelihatan mempunyai beberapa elemen pasca-apokaliptik seperti permainan mereka sebelum ini yang mana kami sendiri tidak sabar untuk mengetahuinya.

Seperti biasa, akan kami kongsikan setelah ia diumumkan secara rasmi kelak.

Leave a Reply